Nuffnang...

Followers

::Dapur Chugie:

HAK CIPTA TERPELIHARA

- Segalanya tentang makanan-


Monday, December 6, 2010

Kek Pisang kukus

Kek pisang Kukus
sumber : facebook


Salam..
Sebenarnye dah lama teringin nak cuba buat kek pisang ni..
Asyik beli siap je kan.. kadang tu x sedap, dan tak kena kat tekak.
Search punye search, terjumpa lah resipi yang senang sangat ni..
So aku nak share dalam blog ni..
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 tsp Soda Bikabornat
3 tsp Baking Powder
1 camca garam
1 camca esen vanila
2 biji telur
Caranya,
-telur dan gula di pukul hingga kembang,
-Pisang di lenyek dan di tambah ezen vanila
-Kemudian masukkan minyak masak, gaul rata.
-Masukkan pula tepung, garam baking powder, soda bikarbornat dan gaul rata.
-Masukkan adunan kedalam loyang yang telah di sapukan butter/mentega serta taburkan --sedikit tepung.
-Tutup loyang adunan tadi dengan aluminium foil supaya wap air tidak masuk kedalam,
-Kukus lah adunan selama sejam atau hingga adunan tadi masak..

SELAMAT MENCUBA..
daaaaaaaa
-chugie-

Wednesday, November 10, 2010

Bel Pasto

Salam..
now check it out at itallianese restaurant..
yup, aku memang suka makanan itali..
espc spageti and pizza!
sangat sedap..lg maveles..
ok, Bel Pasto ni terletak di
Desa aman puri, Sri Damansara, Kl.
Tak jauh dari opisku ini..
Jadi, untuk tukar2 selera bila dah jelak makan kat foodcourt,
kami akan kesini..
Harga, x mahal sangat pun.. masih mampu di bayar.
Nak murah, bleh ambil set lunch die.. start dr RM9++ kombinasi air+Sup+spageti
Kalau nak up lagi, bleh amik set no 3, kombinasi Air+sup+spageti+pizza hanya RM24++




dua gambar atas ni antara gambar yg sempat aku snap dlm restoran tu..
biasanya kalau waktu makan tengah hari, memang akan full..
lebih2 lagi time baru dapat gaji.
Onion sup..

ice lemon tea & soft drink..

Mushroom sup.. adui, memang marveles sup cendawan ni tau!
tiap kali ke mari, sure akan order sup ni..
berbaloi-baloi..

and the most recommended by me is their pizza!
really superb..
the dough is realy soft.. and the cheese.. argh! heaven..

Spageti bolognis (daging)

and ini.. spageti bolognis (ayam)

ada juga menu lain.. tp time aku pegi tu, hanya ini yg kami order..
but mostly their menu are superb!

two tumb for this restaurant!
daaaaaaaa
-chugie-

Monday, November 1, 2010

Restoran Jom Priok!

Salam..
ok2.. dah lama tak entri tempat makan kan?
ok jom! kita ke GIANT KELANA JAYA..
singgah sat kat restoran JOM PRIOK ni!!
Restoran ni 3 in 1 tau...
ada ALACARTE menu, STEAMBOAT set/buffet & DIM SUM (my fav!)..
Dah dua kali aku terjah tempat ni tau!
1st, sebab DIMSUM nye..
2nd, menu lain yang best!
3rd.. selesa!


Menunya..
Macam2 ada tau..
Steamboat tu ada Set dan buffet..
Range price steamboat set tu serendah RM8.80..
Buffetnye pulak RM27.9++ (kalau tak silap lah)
Gambar atas ni adalah ruangan steambot...
macam2 ada tau.. nak tau, jom ke sini!

Ruangan makannya..
setiap meja mesti ada set hidangan steamboat ni..

Kami makan Dimsum... sedap!
siap bertambah2 lagi..
Harga dari RM3.90 per set
Sos dim sum..
sebagai pencicah dim sum lah kan..
ada pedas dan manis.

Pau kayanya.. yang lembut dan gebu!
nice.. anakandaku sangat suka makan ni tau..

Nasi goreng cina..
pun sedap!
licin kami makan..
see.. banyak tak?

licin hingga menjilat sudu! ekekek:D
Sekian dulu entri makan2 ku...
daaaaaaa
-chugie-

Saturday, October 30, 2010

Bingka roti berjagung..

Salam..
owh...ini pun 1st time buat tau!
mulanye kawan se opis ni yang cuba buat..
die bawa ke opis utk kami rasa,
memang sedap!
terus lah hati ni teruja nak cuba..
dengan kesungguhan dan bahan2 yang tak di sukat dengan betul,
Bingka ni agak lembik.. tp sedap tau! :D

~Bingka Roti Berjagung~
Bahan-bahannya:
UHT fresh milk,
telur,
Roti,
Jagung dalam tin,
garam,
gula,
tepung,
butter...
Caranya,
Pukul telur dan butter yang dah di cairkan,
masukkan pula gula dan pukul..
masukkan susu, garam, tepung..
~carik2kan roti, kemudian siram dengan adunan tadi.. biarkan roti dalam 15-20 minit.
kemudian barulah masukkan jagung dalam tin tadi, dan bakar selama sejam.
adunan yang sedang di bakar...

yep! dah siap bakar pun...

masa tengah panas2 tu, memang sedap makan tau!
kalau nak sejukkan pun bleh jugak..
ikut selera masing2!!

sekian dulu,
-chugie-


Friday, October 29, 2010

Lepat Pisang..

Salam..
1st time buat lepat pisang, x menjadi sebab kurang tepun!
2nd time buat baru jadi... alhamdulillah.
lepat pisang 1st time buat, tak berapa nak jadi..
Jom tengok bahan2 lepat pisang!
kelapa parut yang dah di gaul dengan garam.

pisang yang dah di lenyek
+
tepung gandum
+
sedikit tepung beras (sikit je tau!)
+
Gula
+
sedikit garam

kemudian daun pisang...
gambar atas ni sesi melipat lepat! :D

ini pulak sesi nak mengukus lepat2 tu..
kejap je dah masak!
sedapnye kalau makan masa tengah suam2 kuku..
lepat pisang berinti kelapa memang best tau!
menyengatttttttttttttt!!
jom lah try buat lepat pisang!!
-chugie-





Friday, October 22, 2010

Telur dadar sempoi

Hait!! yeay... akhirnye dapat upload telur dadar ni.
Antara resipi kegemaran kami sekaluarga.
Sangat sempi ok!
Bahan2nya..
~telur
~bawang besar
~tomato
~Cili
~sedikit garam..
~Minyak (sedikit)
Cara2nya:
~Pukul telur
~Hiris Bawang dan cili merah
~Hiris besar Tomato
masukakn sedikit garam da pukul hingga sebati..
Panaskan minyak, dan goreng dadar...
sebelum angkat tu, potong2 skit, tapi jangan hancur..
Perghhhhh memang layan makan dengan nasi panas2!
Sekian dulu..
-Chugie-

Tuesday, September 21, 2010

Lama dah tak berupdate..

Salam..
Aduhailah.. lama dah tak berupdate blog masakan ku ini..

Dah de beberapa posting resipi dalam draft, tapi tak sempat nak update.
Bz sokmo..
Bukan sebab raya tau,
tapi aku masih dalam zon mabuk hamil..
mabuk2 dah ok dah,
cuma skang ni aku di landa migrain pulak..

adoi! penangan dan dugaan mengandungkan anak kedua ni sangat besar!
menguji kesabaranku betul..

Harap2 lepas abis bulan ke 4 kehamilan ni,
keadaan aku akan kembali normal dan dapat berkarya semula..
Macam2 dah gambar resipi aku dah snap,
Tapi tak sempat2 nak upload lagi..
Tunggu ye!

Sekian dulu..
-Chugie-

Sunday, August 22, 2010

Buffet Ramadhan @ Cafe D'Manggis

Salam..
sabtu lepas kami sekeluarga beriftar di Cafe D'manggis..
memandangkan cafe ni antara yang paling hampir dengan rumah,
maka kami ambil keputusan untuk berbuka puasa kat sini je..
Ok, cafe ni terletak betul2 berhadapan jalan besar batu 17 kuang, selangor.
Mudah je kalau nak ke cafe ni..
Alhamdulillah.. makanan die sedap, dan puas hati gak dengan layanan yang di beri..
cuma air je.. semua manis2!! yelah.. masing2 puasa kan?
so tak dapat lah nak merasa air yang di buat tu..
Jom layan gambar2 yang sempat aku snap masa berbuka tu..


It reserved by my sis..
aku cuma tukang bagi idea je..
suasana di cafe tu..
besar cafe ni.. boleh di panggil restoran sebenarnye.

Penuh dengan lampu2..
dekorasi yang cukup santai..
dengan keluasan yang sangat selesa.

Hidangan terletak di bawah canopy2 tu...
ada 2 tempat meletakkan hidangan,
1 bahagian lauk pauk..
dan 1 lagi bahagian desert, minuman dan side food..

Masa ni, orang tak ramai lagi,
masing2 baru sampai dan tengah ambil tempat duduk..

yang ni di ruangan side food dan desert.
Desertnye- bubur pulut hitam, kuih muih, dan buah buahan..
Minuman - Sirap, oren, bandung, air kelapa, air kelapa laut, air kosong dan ABC..
banyakkan??
-Bubur pulut hitam memang the best! adik2 aku siap tambah 2 kali lg..-
Ada sup.. mee, bihun dan k.teow..
kalau nak makan sup dengan daging atau ayam pun boleh.
-rasa supnye, bleh tahan.. sbb rempah die agak kuat, so tak kena dengan tekak aku..
tapi, hubby aku suka!-
bahagian side food..
nasi ayam yang sedap!
memang kami makan dengan licinnye..
sesuai untuk kanak2..
Ni lah dia bahagian desert..
-Bubur pulut hita, kuih muih dan buah-buahan.. memang banyak dan sedap!-

Bahagian ulam-ulaman... macam2 ada!
dari ikan rebus ke ikan masin..
dari petai ke jering..
dan ulam2 daun..
serta berbagai jenis sambal dan pencicah..
bahagian lauk pauk dan Nasi briyani.. ade daging kambin dan lembu.
Lauk nye bukan sahaja masakan kampung, tapi juga di campur dengan masakan cina..
overall, semuanya sedap!
antara hidangan di meja aku dan adik2..

fatin pun suka ngan makan kat situ tau.
Kalau nak compare aku dan fatin,
rasanya fatin lagi banyak makan dari umminye ni..
tak sempat nak suap ke mulut kita, die dah mangamuk sakan..
sebelum menutup tirai..
ummi dan fatin nak enterprem juga..
Alhamdulillah.. makanan yang di hidang sedap2..
boleh lah untuk orang2 berpuasa nak menyental! ahahahahaha:))
Harga : RM28 untuk dewasa, dan RM14 untuk kanak2 melebihi umur 4 tahun.
sekian dulu...
-Chugie-

Friday, August 20, 2010

Bihun Goreng Singapore

Bihun Goreng Singapore
Menu berbuka semalam... sesuai untuk anak2 tau. sebab tak pedas..
Bahan-bahannya:
Sebungkus Bihun yang di celur lembut
**5 ulas Bawang putih
**4 ulas Bawang merah
**10 ekor ikan bilis (atau boleh juga guna udang kering)
(** bahan2 ni di kisar)
*sotong
*udang
*Fish cake
*Fish ball
(*sukatan ikut suka anda ya)
sedikit kobis, taugeh dan sekeping tauhu yang di goreng dan di hiris kiub.
2 biji telur
lada sulah
lada hitam yang di tumbuk hancur
garam dan bahan perasa
Cara memasak:-
Tumis bahan kisar hingga masak, kemudian masukkan sotong dan udang. Goreng hingga masak.
Kemudian, masukkan garam, bahan perasa, lada sulah dan lada hitam secukup rasa dan gaul rata.
Masukkan pula fish cake, fish ball. gaul rata..
Pecah kan telur, kemudian masukkan mihun dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan sayur kobis, taugeh dan tauhu.. kacau bihun tadi hingga masak..
Sedia untuk di hidang..
sebagai hiasan, boleh lah tabur cili potong, tauhu dan daun bawang/ daun sup.

Saturday, August 14, 2010

Kuih Onde onde, buah melaka

Onde-onde @ Gula melaka

Bahan

10 helai daun pandan di kisar dan di ambil airnya

2 cawan tepung pulut

gula melaka yang telah di potong dadu

kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam

caranya,

masukkan tepung pulut, dan uli bersama air pandan..

uli hingga tepung tu boleh di cubit.

kemudian, ambil lebih kurang sebesar bebola ikan atau mengikut citarasa anda,

dan masukkan seketul gula melaka kedalamnya,

panas kan air hingga menggelegak, dan masukkan tepung yang berinti gula kedalamnya.

biarkan onde2 tu timbul, dan barulah diangkat dan di toskan..

Tos kan sekejap, kemudian barulah di gaul ke dalam kelapa yang di parut td.

sedia untuk di hidang...

Wednesday, June 2, 2010

Bumbu Desa @ The Curve

Salam all..
Restoran Bumbu Desa, merupakan restoran yang menyajikan masakan sunda dari indonesia.
Masakannye agak pedas.. dan terdapat berbagai jenis hidangan.
Berbeza dari waroeng penyet.
Jom layan pics


Terdapat dua cara untuk order makanan..
1- ala carte,
2- melalui buffet
Memang ada macam2 jenis lauk..
Dari Ikan, ayam, daging hingga sayurannye..

Menu di Bumbu Desa..

air kami..
Fresh oren & ice lemon tea
Antara hidangan kami..
Terung sambal, ayam bakar, tempe goreng, sup ayam dan sambal lenyek..

Sambal lenyek.. mmg sedap!
nasi putih. Kat situ ada dua jenis nasi..

sup ayam.. rasanya manis skit.
Pada aku, sedap lagi sup ayam melayu.

Anakandaku dan suami ku..

see.. licin kan? sedap jugak ler..
maybe sebab lapar kot.
but, still have many dish that we didn't try.
hope after this we might try others..
To Those who are interested to have makan2 here, boleh lah ke The Curve..
Restoran ni betul2 berhadapan dengan street market.
till then.. daaaaaaaaaa!
-chugie-

bestnye...!!